Warga emas maut dirempuh motosikal

in Semasa by


YAN – Seorang warga emas, Othman Hassan,79, maut apabila diirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kampung Sungai Lintang pada jam 9 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritenden Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa dipercayai berjalan kaki dan melintas dari sebelah kanan jalan manakala motosikal yang merempuh mangsa datang dari arah Alor Setar menghala ke Yan.


“Setiba di Kampung Sungai Lintang, penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak daripada merempuh mangsa, namun tidak sempat berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.


Penunggang motosikal yang berusia 36 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan dan kaki.


“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]