Adik bekas menteri ditahan SPRM

in Semasa by


KOTA KINABALU – Adik bekas menteri Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah bernilai RM1.5 bilion.


Dia ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu kira-kira jam 9.30 malam tadi.


Sebelum itu, sepasukan lima pegawai SPRM bersama-sama dengan dengan adik bekas menteri itu ke rumahnya kira-kira jam 3.30 petang di Putatan mencari bahan bukti yang boleh membantu siasatan.


Pasukan siasatan dilihat keluar dari rumah itu pada jam 6 petang dan menuju ke pejabat SPRM Kota Kinabalu.


Difahamkan adik bekas menteri itu akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi tujuan reman.


[ARTIKEL BERKAITAN: Penyelewengan dana: SPRM reman 3 lagi individu ]


Setakat ini enam individu dipanggil SPRM, lima daripadanya iaitu empat pemimpin parti politik dan seorang ahli perniagaan direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkenaan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]