Bidaan KEL dijangka pecah rekod

in Edisi by


ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dijangka memecah rekod lama bidaan tertinggi  nombor pendaftaran kenderaan di negeri itu.


Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya menyasarkan bidaan tertinggi sebanyak RM2 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan baru ‘KEL’ di buka semalam.


“Sebelum itu, JPJ Kedah berjaya mencatatkan nilai bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan untuk siri KEE sebanyak RM1.8 juta.


“Jadi, kita meletakkan sasaran itu berikutan banyak nombor pendaftaran kenderaan menarik boleh dibentuk dari KEL, iaitu KEL 1, KEL14 (KELIA) dan KEL45 (KELAS),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kedah, di Jalan Suka Menanti, di sini, pagi tadi.


Kata beliau, bidaan tender siri KEL diadakan selama dua minggu bermula sejak jam 8 pagi semalam hingga jam 12 tengahari 23 Oktober nanti.


Bagi orang awam berminat membuat bidaan boleh melakukan tempahan kepada Pengarah JPJ Kedah atau melayari laman web JPJ di http://www/jpj.gov.my


 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]