Bot karam, 12 maut

in Global by


COX’s BAZAR – Sekurang-kurangnya 12 pelarian Rohingya kebanyakannya kanak-kanak lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik berhampiran Shah Porir Dwip di selatan Bangladesh, kelmarin.


Menurut Pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Abdul Jalil, 12 mayat terdiri daripada 10  kanak-kanak , seorang lelaki dan wanita telah ditemui selepas usaha mencari dan menyelamat (Sar) dijalankan sepanjang malam.


“Kami telah bercakap dengan beberapa mangsa. Salah seorang daripada mereka memberitahu bot itu membawa purata 80 hingga 100 orang termasuk 30 hingga 35 lelaki ketika insiden berlaku,” katanya.


Jalil berkata, disebabkan bot tersebut terbalik berhampiran sempadan Myanmar, ramai pelarian mungkin berenang sehingga ke pantai Rakhine.


Kapal pengawal sempadan turut berjaya menyelamatkan 11 Rohingya termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak di Sungai Naf.


Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam (waktu tempatan) itu berpunca daripada ombak tinggi dan cuaca buruk. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]