Dua cedera, bumbung bilik hotel runtuh

in Semasa by


PORT DICKSON – Dua pengunjung sebuah hotel di Batu 3 Jalan Pantai cedera ringan apabila bumbung dan siling sebuah bilik yang dihuni runtuh sekitar jam 4.22pagi tadi.


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.


Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bilik hotel yang terlibat berada di tingkat tujuh hotel.


Dalam insiden itu, mereka yang cedera sepasang suami isteri sementara anaknya seorang kanak-kanak tidak mengalami kecederaan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]