Kerajaan pertimbang 100 peratus pekerja asing

in Edisi Johor by


KULAI – Kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan bagi memenuhi keperluan pengilang di bahagian pengeluaran produk.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bagaimanapun polisi ini terhad kepada pengilang sektor pembuatan yang mengeksport produk masing-masing ke luar negara.


Katanya, pada ketika ini nisbah bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing adalah 1:3 bagi semua sektor dan bahagian termasuk bidang pembuatan yang mengeksport produk ke pasaran global.


“Kerajaan baru-baru ini telah meluluskan untuk perkara tersebut dipertimbangkan. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pengilang sektor pembuatan termasuk masalah kurang tenaga kerja untuk memperluaskan operasi mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja ke V S Industry, di sini hari ini.


V S Industry merupakan salah satu syarikat pembuatan yang memerlukan pertambahan pekerja asing bagi sektor pengeluarannya berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan dalam pasaran global.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]