Penyelewengan dana: SPRM reman 3 lagi individu

in Semasa by


KOTA KINABALU – Tiga lagi individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah.


Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah reman selama lima hari mulai hari ini terhadap ketiga-tiga mereka selepas membenarkan permohonan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ketiga-tiga mereka yang merupakan pemimpin daripada dua buah parti ditahan  oleh SPRM semalam.


Sebelum ini, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada  RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.


Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]