‘Piala Dunia terbaik dari bumi Rusia’

in Sukan by


RUSIA bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia terbaik dalam sejarah.


Demikian kenyataan bekas penyerang Rusia dan Tottenham Hotspur, Roman Pavlyuchenko.


Menurut Pavlyuchenko, beliau yakin Piala Dunia di negaranya itu akan menjadi penganjuran paling diingati penyokong bola sepak seluruh dunia,


“Walaupun ada salah faham yang menyebut bahawa di Rusia kita akan melihat banyak pergaduhan. tetapi saya yakin penyokong yang akan ke sini akan melihat sebaliknya dan mereka pasti tidak akan mahu meninggalkan negara ini.


“Pastinya kawalan keselamatan lebih ketat akan dibuat menjelang Piala Dunia nanti. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan untuk mana-mana penyokong yang akan bertandang ke sini.


“Saya yakin peminat bola sepak seluruh dunia akan benar-benar menikmati penganjuran kali ini,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]