Rekod tanpa kalah akhiri saingan La Roja di kelayakan

in Sukan by


SEPANYOL menutup saingan Kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 dengan kemenangan 1-0  ke atas Israel di Stadium Teddy, Jerusalem awal pagi semalam.


Kemenangan itu memastikan perjalanan cemerlang skuad yang terkenal dengan panggilan La Roja itu yang belum kalah dalam semua perlawanan kelayakan.


Pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui memuji persembahan pemainnya menyifatkan mereka bakal menjadi pencabar terkuat dalam saingan di Rusia.


“Kami bermain dengan begitu baik dalam Kelayakan Piala Dunia walaupun semua orang tahu kami menghadapi beberapa masalah dalaman.


“Namun, apa jua yang berlaku kami perlu terus meningkatkan tahap permainan selain cuba meneruskan momentum kemenangan ini,” katanya.


Sepanyol sudah layak selepas  mengungguli saingan Kumpulan G dengan 28 mata.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]