Rooney layak disanjung: Eriksson

in Sukan by


BEKAS Pengurus England, Sven-Goran Eriksson menempelak penyokong The Three Lions  kerana memberi layanan buruk kepada Wayne Rooney sepanjang kariernya bersama skuad negara berkenaan.


Eriksson yang pernah mengendalikan England dari tahun 2001 hingga 2006 berkata, Rooney layak disanjung penyokong sama seperti Francesco Totti di Itali.


“Cara  Rooney  dilayan  menunjukkan ada  yang tidak kena dengan cara penyokong England melayan pemain kebangsaan mereka.


“Rooney  pemain yang berjaya mencatat rekod jaringan untuk Manchester United dan England. Kita tidak boleh menidakkan perkara itu.


“Jika Rooney seorang pemain dari Itali, saya percaya dia pastinya menjadi pemain disayangi dan dihormati seperti Francesco Totti,” katanya.


Rooney yang bersara daripada skuad England pada Ogos lalu di sepanjang kariernya bersama Three Lions sering mendapat kritikan dan cemuhan penyokong.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]