Sepanyol ulangi keputusan tidak akan berpecah

in Global by


BERLIN – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy mengulangi keputusan untuk elakkan sebarang pemisahan oleh wilayah timur laut, Catalonia yang juga merupakan kuasa ekonomi negara itu.


“Sepanyol tidak akan dibahagikan dan perpaduan nasional akan terus dipelihara. Kami akan menggunakan semua cara yang ada di dalam undang-undang dan terpulang kepada pemerintah untuk membuat keputusan pada masa yang tepat.


“Kami telah mendengar suara ramai. Saya percaya kami tahu apa yang difikirkan rakyat Sepanyol dan mereka perlu tahu bahawa kerajaan juga jelas mengenai apa yang harus dilakukan,” katanya.


Kelmarin, sekitar 250,000 penduduk Catalan anti kemerdekaan dan penyokong Sepanyol berarak di sekitar jalan di Barcelona untuk membantah sebarang langkah pemisahan negeri.


Kerajaan Perancis juga menegaskan tidak akan mengiktiraf Catalonia jika ia mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyol dan tindakan seperti itu bermakna pengusiran dari Kesatuan Eropah (EU).


“Krisis ini perlu diselesaikan melalui dialog di semua peringkat politik Sepanyol,” jelas Menteri Hak Ehwal Eropah, Nathalie Loiseau. – CNN


Source: SH Global

[featured-video-plus]