Wanita ditemukan maut di dalam rumah

in Semasa by


GERIK – Seorang wanita ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Taman Sinaran, di sini, tengahari tadi.


Mayat mangsa, Chee Chew Cook, 52, ditemukan di dalam rumah tersebut kira-kira jam 12.21 tenghari.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian ketika dihubungi sebentar tadi.


Begitupun, tiada maklumat lanjut berhubung kematian itu dan mayat mangsa bakal dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, esok.


“Mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Gerik dan doktor serta Pegawai Perubatan Hospital Gerik telah melakukan pemeriksaan pada fizikal mangsa.


“Mayat mangsa akan di rujuk ke Unit Forensik Hospital Ipoh. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar forensik Hospital Ipoh akan dijalankan pada esok jam 2.00 petang untuk mengetahui punca kematian,” katanya.


Tambah beliau, siasatan lanjut akan diteruskan dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan selepas pemeriksaan pakar forensik di Ipoh, esok.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]