Wartawan maut kerana bekerja 159 jam

in Global by


TOKYO – JEPUN. Syarikat penyiaran awam Jepun, NHK mendedahkan seorang wartawannya meninggal dunia akibat kegagalan jantung selepas bekerja untuk tempoh lama.


Laporan dari NHK mengatakan Miwa Sado mengumpul 159 jam bekerja selama lebih masa (overtime) sebulan sebelum kematiannya.


Kematian Miwa pada 2013 berkenaan akhirnya didedahkan minggu ini bersama pengumuman mengenai azam NHK untuk mengubah cara wartawannya bekerja.


Jepun sememangnya popular dengan budaya ‘makan gaji’ dimana pekerja-pekerja bekerja untuk tempoh yang sangat lama.


Kerajaan Jepun sendiri cuba membasmi masalah tersebut yang memberikan impak negatif terhadap kesihatan pekerjanya.


Penyelidikan dari kerajaan tahun lepas mengatakan satu dalam lima bekerja berisiko untuk ‘bekerja sampai mati’ (maut ketika bekerja).


Pada 2015, seorang lagi pekerja, Matsuri Takahashi membunuh diri dan dikaitkan dengan budaya bekerja untuk tempoh lama.


Siasatan mendapati Matsuri dipaksa bekerja melampaui tempoh lama di sebuah agensi periklanan dan merekodkan 105 jam waktu bekerja lebih masa.


Ketika kes tersebut disiasat, CEO agensi berkenaan meletakkan jawatan.


Selama beberapa dekad, peguam untuk golongan buruh dan kumpulan rakyat menggesa kerajaan mengubah undang-undang berkenaan kebajikan pekerja.


Hasilnya, kerajaan meluluskan satu undang-undang pada 2014 yang menggesa pekerja bekerja dalam keadaan selesa, tetapi tidak mewajibkan majikan dan syarikat mematuhinya.


Source: SH Global

[featured-video-plus]