Boy Iman direman kali kelima

in Semasa by


JITRA – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman semula untuk kali kelima selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan perumahan membabitkan kerugian RM6.2 juta.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Kanan Mahkamah Jitra, Mohd Hadi Hakimi Harun, pagi tadi.


Turut direman, tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berusia antara 30 hingga 45 tahun, termasuk seorang wanita.


Mereka adalah Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya atau dikenali sebagai Datuk Anggun, dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Boy Iman diserahkan kepada IPD Kubang Pasu pula ]


Kesemua mereka tiba dengan berpakaian lokap sekitar 9.00 pagi dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis.


Mereka akan ditempatkan di lokap IPD Kubang Pasu, sebelum diserahkan pula ke IPD Langkawi.


Sebelum ini, kesemua suspek dikenakan tahanan reman selepas melalui proses sama di Ampang, Selangor, Muar (Johor), Shah Alam (Selangor) dan Sungai Petani (Kedah).


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]