Jabatan Perikanan Kedah tahan 53 nelayan

in Edisi Utara by


KUALA KEDAH – Jabatan Perikanan Kedah menahan 53 nelayan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dalam operasi dijalankan di perairan Kedah Utara dan Kepulauan Langkawi bermula 4 hingga 10 Oktober.


Pengarahnya, Abdul Halim Marzuki berkata, penahanan dibuat melalui Operasi Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (Program MCS) melibatkan dua bot peronda jabatan disertai 10 anggota.


“Melalui operasi itu, pihak kami menahan 51 nelayan tempatan dan dua nelayan asing berusia antara 30 hingga 50 tahun kerana melakukan aktiviti-aktiviti melanggar Akta Perikanan 1985.


“Untuk itu, kita menahan dan menyita enam bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM6 juta. Malah, hasil tangkapan ikan sebanyak RM5,000 turut dirampas,” katanya.


Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500 ataupu sehingga tidak lebih RM20,000 atau didakwa di mahkamah dibawah Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 31 Akta Perikanan 1985.


Malah, semua nelayan terbabit dalam aktiviti -aktiviti yang melanggar Akta Perikanan 1985 boleh juga digantung atau dibatalkan lesen mereka dibawa Seksyen 13 akta sama.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]