Kematian adik Nur Damia dapat pembelaan

in Edisi Utara by


KUALA NERANG – Kematian seorang  kanak-kanak, Nur Damia Nadhirah Sharudin,5,  kerana lemas di Kampung Baru, Padang Lalang tiga bulan lalu mendapat perhatian Insuran Takaful hari ini.


Pampasan insuran itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat  (Kemas) Kedah, Zambri Muhamad kepada Sharudin Abdullah di Kampung Kuala Janing.


“Pada hari ini kami menyampaikan cek  pampasan insuran sebanyak RM15,000 untuk skim perlindungan dan RM500 bagi kos pengkebumian.Cek ini diuruskan oleh Koperasi Pegawai –Pegawai Kemas Kedah Berhad sebagai agen syarikat Takaful,” katanya.


Pada Julai lalu, dua kanak-kanak Nur Damia Nadhirah Sharudin,5, dan rakannya, Mohd Rusyadi Mohd Na’am,5, dijumpai lemas selepas didapati terjatuh di dalam kolam tadahan air di Kampung Kampung Baru, Padang Lalang di sini.


Nur Damia yang belajar di Kemas tabika Kampung Endin meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya pula meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]