Kutipan amal bantu keluarga susah

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BAHAU – Sebanyak RM2,850 dana berjaya dikumpulkan oleh Kelab Chammundi FC dalam usaha membantu sebuah keluarga susah di Bahau, menerusi Majlis Makan Malam kelab tersebut yang diadakan baru-baru ini.


Pengerusi kelab, P Premman berkata, majlis diadakan turut meraikan kelab yang kini memasuki tahun ke 13 penubuhannya, manakala kutipan dana juga diserahkan kepada penerima di majlis yang sama.


“Isteri penerima sumbangan lumpuh. Jadi kita berharap sumbangan sekecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung.


“Manakala penubuhan kelab ini juga antara lain membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Kita bukan sekadar kelab bola sepak, jalankan perlawanan ataupun mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak tetapi turut menjalankan kerja amal.


“Ketika ini, kita aktif anjurkan pelbagai program bagi membantu kebajikan masyarakat khususnya India. Terima kasih kepada semua penyumbang sama ada secara langsung ataupun sebaliknya,” katanya selepas selesai program baru-baru ini.


Hadir sama, Pengerusi Kelab Bolasepak N Nine FC, Datuk Seri S Surash merangkap sebagai Pengerusi MIC Cawangan Awana Indah, Bahau.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]