Murid dibenar pulang kerana sekolah dinaiki air

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Seramai 597 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang di sini dibenarkan pulang pagi tadi setelah sekolah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi.


Guru Besar Badriah Minai berkata murid dibenarkan pulang mulai jam 11 pagi.


“Sesi persekolahan berjalan seperti biasa sehingga pukul 11 pagi apabila air semakin meningkat. Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) datang ke sekolah untuk bantu memindahkan murid-murid.


“Waris datang mengambil murid-murid dan ada yang dihantar pulang oleh anggota APM,” katanya kepada Bernama.


Badriah berkata sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa esok selagi tidak mendapat sebarang arahan penutupan daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri. – Bernama

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]