Struktur haram di bawah pencawang TNB diroboh

in Edisi Selangor KL by


SUBANG – Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bertindak merobohkan struktur binaan yang dibina secara haram di bawah rentas (pencawang) Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan tapak pelupusan sampah, apartmen Melati, Taman Bukit Subang, dekat sini hari ini.


Operasi yang bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Polis, Indah Water Konsartium (IWK) dan Syabas.


Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, lokasi berkenaan berada di bawah rentas TNB yang dikategorikan sebagai rezab kerajaan negeri yang dikawal selia oleh Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.


Pada 23 September lalu, lebih 100 penduduk Islam yang berang dengan ancaman anjing yang tidak berkesudahan bertindak memasuki kawasan tapak pelupusan sampah berdekatan apartmen Melati, Taman Bukit Subang, di sini dengan membawa jentolak untuk meruntuhkan struktur binaan yang didirikan pihak tidak bertanggungjawab.


Mereka memasuki kawasan itu kira-kira jam 10 pagi sambil melaungkan takbir dan membawa sepanduk agar struktur kawasan itu yang dibina secara haram di bawah  rentas (TNB) dirobohkan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]