Hamas, Fatah mula rundingan perpaduan

in Global by


KAHERAH – MESIR. Gerakan Hamas dan Fatah, kelmarin memulakan rundingan perpaduan selama tiga hari di ibu negara Mesir dengan harapan proses tersebut akan membawa kepada perdamaian di Palestin.


“Kami bertemu sekali lagi di Kaherah untuk berbincang tentang pelan damai. Perpaduan dan perdamaian penduduk Palestin adalah pilihan strategik kami untuk maju ke hadapan,” kata delegasi kanan Hamas, Izzat Reshiq.   


Sebelum ini, usaha perdamaian oleh kedua-dua belah pihak dilaporkan gagal.


Bulan lalu, Hamas bagaimanapun memaklumkan ia menerima syarat perdamaian utama yang ditawarkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) selain menggariskan hasrat untuk mencapai perpaduan selepas pertelagahan tercetus antara Hamas dan Fatah sejak 2006.


Ia turut bersetuju membubarkan jawatankuasa pentadbiran yang mentadbir Genting Gaza sebagai langkah mengadakan pilihan raya di wilayah itu dan Tebing Barat, lapor al-Jazeera.


Source: SH Global

[featured-video-plus]