Pemaju perlu segerakan dokumentasi

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri menyarankan semua syarikat pemaju untuk melengkapkan dokumentasi permohonan bagi mempercepatkan urusan pengeluaran permit pembinaan di negeri ini.


Exco Kerajaan Tempatan, Datul Badrol Hisham Hashim berkata, faktor utama dikenalpasti berlaku kelewatan untuk meluluskan permohonan adalah disebabkan dokumen yang diserahkan pihak pemaju tidak lengkap.


“Ada pemaju mendakwa berlaku kelewatan untuk mendapatkan kelulusan tetapi adakalanya pemaju yang gagal menyediakan dokumen lengkap bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memproses dan meluluskan permohonan dalam tempoh ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pemahaman dan pemakaian model OSC 3.0 bagi pengeluaran sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) di Hotel The Pure, di sini, hari ini.


Seminar OSC 3.0 anjuran Majlis Perbandaran Kulim, dihadiri seramai 300 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, wakil pemaju, perunding dan juga pelajar IPTA.


Menurutnya, mengikut  ketetapan piagam pelanggan di semua PBT, tempoh permohonan pelan  kebenaran merancang  diluluskan dalam masa  57 hari dan  pelan bangunan 37 hari.


“Bagaimanapun,  kesemua permohonan pelan kemajuan perlu mendapat mematuhi syarat kehendak jabatan yang terlibat dan disertakan dengan semua dokumen yang lengkap. Pihak pemaju tidak boleh mempersalahkan PBT jika terdapat berlaku kelewatan kelulusan atas kesilapan mereka sendiri,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]