Penyair, DBP bekerjasama adakan bengkel puisi

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persatuan Penyair Malaysia (Penyair) akan menganjurkan Bengkel Pemantapan Puisi ‘Penulisan Puisi & Deklamasi Puisi’  pada 14 Oktober ini.


Bengkel hasil kerjasama bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) berkenaan akan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Presiden Penyair, A. Rahim Abdullah berkata, penyertaan bengkel dibuka kepada setiap lapisan masyarakat yang berminat.


Orang ramai boleh menyertai Bengkel Pemantapan Puisi dengan bayaran  RM100 untuk bukan ahli Penyair manakala RM80 untuk ahli berdaftar.


Murid dan pelajar dari sekolah rendah, menengah atau universiti pula hanya perlu membayar RM50.


Selain penulisan puisi dan deklamasi puisi, hasil karya oleh setiap peserta bengkel akan dimuatkan dalam Antologi Puisi terbitan penganjur nanti.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Juriyati Mat Jalil (0123533947).


Penyair yang ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2017 kini telah mempunyai hampir 200 ahli di seluruh Malaysia.


Antara program Penyair sebelum ini termasuklah Jamuan Makan Malam pada September lepas dan Pembacaan Puisi Bulanan bersama Karangkraf di Shah Alam.


Selain itu, Penyair juga menerbitkan Antologi Puisi iaitu Bahasa Jiwa, Antologi Puisi Hati Penyair Kelantan, Merdeka Jiwa dan Suara Deklamator.


Cawangan Penyair pula telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2017 di Kelantan dan cawangan Melaka dijangka dibuka pada 26 November nanti.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]