Calon SPM, STPM perlu bijak pilih aliran pengajian

in Edisi by


TANJUNG MALIM – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) dan setaraf dinasihatkan untuk memahami syarat minimum enrolmen ditetapkan bagi setiap kursus yang ditawarkan oleh universiti awam.


Timbalan Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, selain itu, bakal calon perlu bijak menentukan aliran pengajian yang diminati sama ada akademik atau kemahiran.


Katanya, antara cabaran terbesar dalam menentukan kualiti akademik di peringkat pengajian tinggi ialah keupayaan untuk memadankan kelayakan akademik di SPM, STPM atau setaraf dengan pilihan kursus dan universiti awam yang sesuai.


Menurutnya, sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian serius, kemungkinan calon tersebut tidak akan ditawarkan kursus yang dimohon atau juga tidak ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran.


“Ia akan menjadi tekanan kepada calon untuk meneruskan pengajian¬† kerana tidak memahami syarat minimum dan sifat sebenar kursus tersebut di peringkat awal.


“Justeru, amat penting untuk calon-calon lebih pro-aktif dalam hal ini dengan meneroka maklumat yang berkaitan tanpa hanya bergantung dan berharap kepada keluarga dan pihak sekolah semata-mata,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Edu Care Carnival yang berlangsung di Dewan SITC, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil, di sini, kelmarin.


Hadir sama, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.


Dalam majlis itu juga, satu pelancaran Modul Advanture Based Counseling (ABC) dan Pelancaran Buku Zero To Hero UPSI turut dijalankan.


Dalam pada itu, Mohammad Shatar Sabran berkata, UPSI merupakan modul motivasi yang pertama menggunakan pendekatan ABC yang berkonsepkan remaja proaktif, kreatif, cinta dan bangga.


Katanya, ia adalah salah satu teknik dalam membantu klien untuk melakukan perubahan dalam diri dengan mudah dengan membina jati diri, mengubah personaliti dan meningkatkan kepimpinan diri dan keyakinan diri klien.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]