Daftar lesen motosikal hanya RM200 Sabtu ini

in Edisi Pahang by


BENTONG – Penduduk sekitar daerah Bentong berumur 21 tahun ke atas kini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan lesen motosikal dengan bayaran RM200 menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas Bentong 2017.


Program bermula Sabtu ini, 14 Oktober di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong bermula jam 8.30 pagi.


Jika ingin mendaftar awal, pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat JPJ Bentong dan JPJ Karak serta di Pejabat Parlimen Daerah Bentong.


Penolong Penyelaras Program SKSJ Khas Parlimen Bentong, Imza Adeli berkata, promosi ini hanya berlangsung pada Sabtu ini untuk beri peluang penduduk memiliki lesen motosikal sendiri.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]