Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam lagi

in Edisi by


GUA MUSANG – Jambatan sementara Pulau Setelu, tenggelam lagi susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.


Penjaga jambatan, Mohd Rohaizad Che Soh, 39, berkata, sejak awal pagi tadi, jambatan berkenaan mula dinaiki air dan terpaksa ditutup untuk semua kenderaan.


“Arus deras di Sungai Nenggiri amat membahayakan di mana hampir separuh jambatan tenggelam. Laluan ini terpaksa ditutup kerana bimbang keselamatan pengguna.

Laluan terpaksa ditutup susulan arus deras di Sungai Nenggiri.


“Kerja-kerja pembersihan juga sedang dilakukan oleh penduduk kampung kerana banyak sisa-sisa kayu hanyut yang tersangkut di jambatan.


“Jika air mulai surut dan sampah sarap selesai dibersihkan, laluan ini akan dibuka semula,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini..


Selain jambatan berkenaan, jambatan Kampung Batu Papan, di sini turut tenggelam pagi tadi dan tidak boleh digunakan.


 


 


 


 


 


 


 


 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]