Jiwa Ozil masih di EPL

in Sukan by


EJEN Mesut Ozil, Erkut Sogut menyatakan pemain itu masih mahu bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh tiga hingga empat tahun lagi.


Ini sekali gus menafikan spekulasi pemain kelahiran Jerman itu akan berpindah musim depan ditambah perbincangan mengenai kontrak baharu bersama Arsenal juga dikatakan positif.


“Dia masih ingin bermain di sini (EPL) untuk beberapa tahun lagi.


“Kontraknya dengan Arsenal juga masih berjalan, mungkin Ozil sambung beberapa tahun lagi,” katanya.


Kontrak pemain tengah itu bersama The GunnersĀ  berakhir musim ini dan desas-desus mengatakan dia akan berpindah ke Besiktas, Turki.


“Ozil gembira mendengar minat ditunjukkan Besiktas, namun untuk berpindah ke liga lain mungkin dia akan berfikir banyak kali,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]