Macam-macam ada di Sendayan!

in Nasional by


SELAIN perumahan dan kawasan perindustrian, Sendayan juga kini dikenali sebagai lokasi istirahat dan santai.


Kewujudan sebuah kelab terkemuka, d’Tempat Country Club serta butik hotel yang dinamakan d’Sora Business Boutique Hotel, Bandar Sri Sendayan terus berdiri teguh sebagai sebuah kawasan yang pesat membangun.


Selain itu, sebuah masjid yang menelan kos lebih RM100 juta yang dijangka siap hujung tahun ini bakal menjadi antara masjid tercantik di Malaysia.


Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan pemaju yang diberi tanggungjawab kemudahan berkenaan.


Pengerusinya, Datuk  Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, pembangunan dan kemajuan akan terus dilaksanakan di Sendayan bagi memastikan tempat berkenaan menjadi ‘kegilaan’ masyarakat pada masa hadapan.


“Apabila semua kemudahan dan rancangan yang dirancang ini terlaksana, saya yakin ini akan menjadi salah satu daya tarikan yang dahsyat buat Sendayan.


“Sekarang ini penduduk di Seremban tidak ada kemudahan seperti  taman tema dan zoo, tetapi dalam tempoh kurang tiga tahun lagi semua itu ada di Seremban. Kita mahukan mereka tinggal di Sendayan dan kerja di sini dan berhibur dengan segala kemudahan yang akan disediakan nanti,” katanya.


Menurutnya, kemudahan lain yang sudah siap sepenuhnya adalah Matrix Global School serta Pangkalan Udara Sendayan yang bakal menjadi mercu tanda kekuatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Pangkalan Udara Sendayan bakal siap awal tahun depan dan akan menjadikan Sendayan sebagai lokasi terpenting yang boleh dibanggakan negara.



[ARTIKEL BERKAITAN: Sendayan sudah berubah]


[ARTIKEL BERKAITAN: Kisah jutawan segera Felda Sendayan]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pembangunan terancang sejak 2006]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]