Reds tetap bahaya

in Sukan by


LIVERPOOL tetap berbahaya walaupun tanpa kelibat Sadio Mane di jentera depan The Reds menjelang pertemuan menentang Manchester United, malam esok.


Legenda Manchester United, Gary Neville berkata, The Red Devils tetap perlu berwaspada kerana skuad kendalian Jurgen Klopp masih mempunyai Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Philippe Coutinho.


Mane mengalami kecederaan ketika bersama negaranya, Senegal dalam Kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 terpaksa berehat enam minggu.


“Mane menjadi kekuatan Liverpool dan kehadirannya dalam pasukan memberi impak besar, namun tanpa kelibat Mane sekali pun, Salah, Firmino dan Coutinho masih boleh mencetuskan huru-hara di benteng United.


“Salah sendiri mempunyai larian pantas dan permainan lincah yang seharusnya boleh mengisi ruang ditinggalkan Mane,” katanya.


Jelasnya, Salah juga bakal menjadi pemusnah United jika mereka tidak berwaspada berdasarkan aksi cemerlangnya membawa Mesir ke Rusia tahun depan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]