Tak pernah terima duit untung berniaga

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Seorang individu berjawatan dalam Armada Negeri Sembilan didakwa melakukan pecah amanah terhadap perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsinya sejak dua tahun lalu.


Muhd Hairi Shah Ujang, 39, mendakwa dia dan adiknya, Mohd Shafar Shah, 30, mengalami kerugian RM96,400 apabila hasil keuntungan perniagaan yang diusahakan tidak diagihkan seperti mana yang dijanjikan.


Menurutnya, pada September 2015 dia bersama individu tersebut, dan tiga rakan kongsi yang lain sepakat untuk membuka sebuah pusat snooker di Senawang dan dijanjikan keuntungan mengikut peratus yang dipersetujui.


Namun setelah lebih dua tahun beroperasi, dia dan adiknya tidak pernah menerima hasil keuntungan tersebut membuatkan mereka sangsi dengan cara pengurusan perniagaan individu yang mengelar dirinya sebagai Datuk Seri.


“Bila saya tanya mana keuntungan kami, dia seperti mengelak dan selalu menangguhkan masa.


“Saya pernah ajak untuk selesaikan isu ini secara baik namun dia tidak peduli, malah memberitahu kedai itu telah dijual kepada pihak lain.


“Sehingga kini dia gagal dihubungi, membuatkan kami bertindak membuat empat laporan polis sejak tahun lalu terhadapnya atas dakwaan pecah amanah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Sikamat, semalam.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]