Wanita Umno adakan tahlil untuk ahli meninggal

in Politik by


KUALA LUMPUR –  Wanita Umno hari ini mengadakan majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah beberapa pemimpin pergerakan itu termasuk Ahli Exco Wanita UMNO Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia pada 4 Oktober.


Allahyarham Maznah, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dan mendapat jolokan ‘Iron Lady dalam dunia korporat negara, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 September lepas.


Majlis tahlil itu juga diadakan untuk Állahyarham Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Krau, Pahang Allahyarham Senator Norahan Abu Bakar; Ketua Wanita Umno Bahagian Muar, Johor Ramlah Ismail dan anak kepada Exco Wanita Umno, Datin Ros Suryati Alang, Siti Khadijah Mohd Ridzwan.


Majlis yang diadakan di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dihadiri Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan waris kesemua arwah. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]