Welson mahu akhiri penantian

in Sukan by


PERENANG sensasi negara, Welson Sim enggan memberi tekanan kepada diri sendiri dalam mengejar misi untuk menamatkan kemarau pingat negara sejak 2002 dalam temasya Sukan Asia dan Komanwel.


Legenda renang negara, Alex Lim Keng Liat adalah perenang terakhir yang memenangi pingat di peringkat Sukan Asia dan Komanwel.


Keng Liat berjaya mengharumkan nama negara di pentas Sukan Asia apabila kali pertama menyumbang pingat emas buat negara dalam 100 meter kuak lentang, selain turut cemerlang dengan dua gangsa dalam Sukan Komanwel.


“Saya berharap untuk menjadi perenang kedua yang memenangi medal dalam Sukan Asia.


“Saya sudah menetapkan sasaran peribadi dan akan berusaha keras pada tahun depan kerana sedar berpeluang untuk memenangi pingat Sukan Asia memandangkan saya kini dalam kalangan perenang keempat atau kelima terbaik dalam ranking Asia,” katanya yang mewakili negara tetapi pulang tanpa pingat pada penampilan pertama di kedua-dua temasya itu pada 2014.


Sukan Komanwel Gold Coast akan berlangsung pada 4-15 April tahun depan, manakala Sukan Asia Indonesia ditetapkan pada 18 Ogos hingga 2 September.


Berdasarkan catatan masa terbaiknya, perenang 20 tahun itu yang berada dalam Program Podium, sudah pun melepasi masa kelayakan berdasarkan tempat ketiga di Sukan Asia Incheon 2014, 3 minit 50.38 saat apabila melakukan 3:50.26s dalam acara 400m gaya bebas di Sukan Sea lalu.


Perenang kelahiran Sarawak itu juga mencipta rekod temasya baharu 1:47.76s dalam acara 200m gaya bebas, juga mengatasi catatan gangsa Incheon iaitu 1:49.25s.


Mengulas perkembangan terkini, Welson berkata, dia akan menyertai Kejohanan Renang Dunia di Bejing bulan depan selepas berehat dua minggu sebelum ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]