Harap golongan B40, M40 terus diberi perhatian

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berharap kerajaan pusat akan terus memberi perhatian kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) untuk Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak lama lagi.


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bertujuan supaya kedua-dua golongan itu dapat mengharungi cabaran kehidupan masa kini.


“Kita berharap kerajaan akan lihat kepada soal bagaimana untuk mengatasi kos kehidupan rakyat dan pada masa yang sama kita boleh beri perhatian kepada M40.


“Kita dapati dalam negara kita golongan B40 telah menerima manfaat pelbagai program. Tetapi sudah sampai masanya untuk kita lihat bagaimana M40 juga dapat kita bantu,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Gotong-royong My Beautiful Neighbourhood My Barisan Nasional 2017 Peringkat negeri Johor di Parlimen Pulai, di sini, hari ini.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]