King RM5,760 sekotak?

in Nasional by


DURIAN jenis Musang King yang dijual RM5,760 sekotak yang ditular sejak beberapa hari lalu telah menarik perhatian pekedai terbabit.


Difahamkan, durian itu dijual di salah sebuah gerai di ‘Durian Station’ di SS2, Petaling Jaya, Selangor, Julai lalu.


Selain gambar durian, resit yang tertulis dengan harga RM5,760 turut ditularkan.


Bagaimanapun, pekedai terbabit ketika dihubungi Sin Chew Daily menjelaskan, dia mengesyaki ada pihak tertentu sengaja mahu merosakkan nama baik dan gerainya.


“Saya tidak pasti bagaimana mereka memperoleh resit berkenaan. Saya sedia buat laporan polis untuk membersihkan nama saya,” katanya kepada akhbar berkenaan.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]