Lelaki maut digilis ETS

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut akibat dilanggar Tren Elektrik (ETS) di Km 375.4 berhampiran Damansara malam tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata ketika kejadian 11.52 malam itu, tren berkenaan sedang dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak.


Beliau berkata kapten tren tersebut yang menyedari trennya melanggar sesuatu telah memberhentikan tren berkenaan.


“Kapten berkenaan kemudian menemui seorang lelaki terbaring dengan tempurung kepalanya pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mangsa yang dibawa ke Hospital Selayang disahkan meninggal pada 1.45 pagi.


Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. – Bernama


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]