Rakyat Malaysia perlu sedar bahaya kleptokrasi

in Nasional by


PETALING JAYA – Kehadiran rakyat Malaysia ke Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi memberi petanda positif kepada negara secara amnya.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, kehadiran peserta ke himpunan itu membuktikan bahawa majoriti rakyat negara ini sudah mula memahami apa maksud kleptokrasi.


“Istilah kleptokrasi ini baru sahaja diketahui rakyat Malaysia, lebih setahun lalu tetapi ia telah mula menyedarkan rakyat.


“Ini kerana, sekiranya sistem ini diteruskan (di negara ini), ia amat berbahaya. Dengan adanya kesedaran ini, rakyat akan mula membanteras sistem ini (daripada terus merebak),” katanya.


Menurutnya, masyarakat mungkin tertanya mengapa ada beberapa kes jenayah besar yang menjadi perhatian mereka tidak diambil tindakan sewajarnya.


Dengan kehadiran orang awam ke himpunan petang ini, Kadir menjelaskan, ia akan menaikkan semangat mereka untuk terus bertanya ada kes yang tidak diambil tindakan dengan sama rata.


” Apapun, saya rasa tidak perlu rakyat mempertikaikan perkara ini kerana SPRM sekarang ini dilihat begitu cergas melakukan tugas dan tindakan(di bawah bidang kuasa mereka),” ujarnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]