TBG Mobs gesa tangkap ulat tiket

in Sukan by


ORANG ramai khususnya penyokong bola sepak Perak diharap dapat menyalurkan maklumat berhubung kegiatan ulat-ulat tiket haram yang berleluasa di Stadium Perak pada ketika ini.


Presiden The Bos Gaurus More Organise Brotherhood Soul (TBG Mobs), Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi berkata, ulat-ulat tiket didapati berulang kali beratur membeli tiket dan kemudiannya menjual kepada pembeli lain dengan harga sekali atau dua kali ganda berbanding harga asal.


Menurutnya, justeru kegiatan berkenaan perlu dipantau agar tidak terus berleluasa khususnya menjelang aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 antara Perak dan JDT.


“Kami  mewakili gabungan kelab penyokong Perak, TBG Mobs ingin menyarankan supaya dipantau kegiatan ulat-ulat haram ini yang mana kami dapati sedang berleluasa. Dah beli tiket kemudian jual semula dengan harga mahal.


“Kami cadangkan agar pihak yang menyalurkan maklumat maklumat sehingga tertangkapnya ulat-ulat tiket ini diberikan insentif menarik bagi membanteras kegiatan itu agar tidak berleluasa,” katanya.

Contoh tiket palsu yang didapati di Stadium Perak.


Dalam pada itu, Setiausaha Seladang FC, Ahmad Razmi Kamaruddin meramalkan kemenangan skuad The Bos Gaurus itu pada aksi separuh akhir pertama berdepan JDT, malam esok.


Katanya, aksi separuh akhir kali ini agak berbeza kerana ia melibatkan ‘piala keramat’ bola sepak negara.


“Kita yakin kesebelasan pemain akan menampilkan aksi yang terbaik dan seterusnya memastikan kejayaan malam esok,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]