Yeop tetap positif berdepan JDT

in Sukan by


BIARPUN berdepan masalah kecederaan pemain, kesebelasan Perak tetap positif untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) JDT aksi separuh pertama Piala Malaysia di Stadium Perak malam esok.


Kapten The Bos Gaurus, Shahrom Kalam berkata, persiapan pasukan setakat ini dalam keadaan baik seiring dengan moral pemain yang dilihat cukup bersemangat untuk mengharungi saingan separuh akhir berkenaan.


Justeru menurutnya, semua pemain diharap dapat ‘menghargai’ pencapaian yang baik musim ini hingga mampu mara ke peringkat separuh akhir setelah 10 tahun.


“Kita dah sampai ke tahap ini (separuh akhir). Kita patut cherish moment ini, kerana setelah 10 tahun kita masuk semi final.


“Apa yang paling penting, kita kena dapat gol dan tidak boleh bolos pada aksi pertama separuh akhir ini,” katanya.


Sementara itu, biarpun pernah menewaskan JDT sebelum tewas kepada skuad Harimau Selatan itu pada saingan Liga Super lalu ia tetap memberikan peluang sama rata kepada kedua-dua pada saingan Piala Malaysia kali ini.


Malah katanya, tidak ada pasukan yang boleh dilabel selaku pasukan pilihan bagi aksi separuh akhir kali ini kerana masing-masing memiliki peluang 50-50.


“Biarpun kita pernah menewaskan JDT dan selepas itu kita pula tewas, itu antara fair result kita, tapi kami belajar daripada perlawanan ke satu perlawanan.


“Harapan kami, setelah sampai ke tahap ini semua pemain tahu tanggungjawab masing-masing dan seterusnya menghasilkan keputusan yang positif untuk Perak,” katanya lagi.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]