1,000 al-Quran diwakaf menerusi tabung SINAR4ROHINGYA

in Nasional by


COX’S BAZAR – BANGLADESH. Sebanyak 1,000 naskhah al-Quran wakaf akan diserahkan sekurang-sekurangnya kepada enam madrasah, pusat tahfiz, surau dan masjid di daerah ini.


Ketua Logistik Infrastruktur SINAR4ROHINGYA, Jamuliddin Elias berkata, al-Quran musyaf Bangladesh itu adalah sebahagian sumbangan wang melalui tabung SINAR4ROHINGYA yang dilancarkan sejak 8 September lalu.


“Sebanyak 150 al-Quran diwakafkan di tiga madsarah bagi kegunaan pelajar tahfiz dan jemaah masjid.

Sebuah madrasah di Jalan Cox’s Bazar Marine Drive menerima 90 naskhah al-Quran.


“Daripada jumlah itu, 30 al-Quran wakaf diserahkan kepada Madrasah Tahfiz Thamil Quran di Balukhali ini yang mempunyai pelajar terdiri daripada masyarakat Rohingya dan warga Bangladesh,”  katanya.


Menurutnya, sebuah lagi madrasah dan masjid terletak Cox’s Bazar terima 120 baki al-Quran dan penyerahan di ketiga-tiga madrasah dan masjid ini dilakukan dua hari berturut-turut.


“Bagaimanapun, kesemua 1,000 Quran wakaf itu dianggar diedarkan di enam hingga 10 lokasi di sekitar Cox’s Bazar dan ia menjadikan jumlah keselurahan al-Quran adalah 4,000.

Jamuliddin (kiri) menyerahkan 30 al-Quran wakaf kepada seorang imam di sebuah masjid di Cox’s Bazar.


“Sebanyak 3,000 sudah diedarkan melalui Yayasan Amal Malaysia sebelum ini.


“Lazimnya sebuah madrasah tahfiz dapat 50 hingga 150 al-Quran tapi jika mereka nak lebih kami beri hingga 350 naskhah,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]