50,548 ahli Puteri masih belum daftar pemilih

in Politik by


SEREMBAN – Seramai 50,548 daripada  kira-kira 400,000 ahli Puteri Umno di seluruh negara dikesan masih belum mendaftar sebagai pemilih.


Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara faktor utama dikenal pasti ialah kebanyakan daripada mereka baharu berusia 21 tahun selain sibuk dengan urusan seharian.


Sehubungan itu semua pemimpin pergerakan itu diarah turun padang menjejaki kumpulan ini dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih supaya boleh mengundi dalam PRU14.


“Ini orang kita. Sayang jika tak daftarkan sebagai pemilih sedangkan mereka inilah boleh jadi bonus membantu memberi pertambahan undi sekaligus membantu kemenangan dalam pilihan raya.


“Sebab itulah banyak agen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik dalam kalangan ahli kerana kita nak mudahkan pengundi. Saya nak ia dijadikan sebagai gerak kerja utama,” katanya pada sidang media selepas hadir pada majlis Penyampaian Amanat Parti Kepada Puteri Umno Negeri Sembilan di Wisma Umno negeri di sini, hari ini.


Hadir sama, Naib Ketua Puteri, Zahida Zarikh Khan, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Naib Ketua Puteri Umno Negeri, Zabedah P.Mastar.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]