Lukisan mural lebih 100m jadi tarikan

in Edisi Terengganu by


MARANG – Pelbagai usaha dilakukan Majlis Daerah Marang bagi menarik perhatian pengunjung datang ke Terengganu termasuk membuat lukisan seni mural sejauh lebih 100 meter (m) di dinding tepi laluan utama di sini.


Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh berkata, lukisan mural di sempadan Marang – Kuala Terengganu di Bukit Chendering itu adalah salah satu cara membantu mempromosikan kempen Tahun Melawat Terengganu.


Beliau berkata, lukisan seni mural di dinding berkenaan juga diharap dapat untuk menarik pengunjung datang ke negeri ini khususnya ke Marang, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.


“Kita memilih dinding di tepi laluan utama itu bagi merancakkan promosi Tahun Melawat Terengganu dan sebagai maklumat kepada pengunjung dan pelancong bahawa mereka sudah memasuki ke daerah Marang.


“Namun, kita berharap pengguna jalan raya mengutamakan aspek keselamatan kerana kita tidak menolak kemungkinan ada yang akan tertarik untuk mengambil gambar di situ apabila ia siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lukisan mural lebih 100m hasil kerjasama antara MDM dengan sekumpulan pensyarah dari Kolej Universiti Agro Sains Malaysia.


Beliau berkata, lukisan seni mural itu hasil kerjasama antara Majlis Daerah Marang dengan sekumpulan pensyarah dari Kolej Universiti Agro Sains Malaysia dan kumpulan terbabit mula melukis sejak Jumaat lalu.


Katanya, ia turut memberi peluang kepada pelukis muda terbabit untuk memberi idea bagi mengindahkan sesuatu kawasan seterusnya menghargai seni budaya negeri Terengganu menerusi lukisan seni mural.


Rozali berkata, usaha itu hasil kerjasama antara MDM dengan sekumpulan pensyarah dari Kolej Universiti Agro Sains Malaysia.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]