MAHB cMAHB cari pelabur ISGari pelabur ISG

in Bisnes by


MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang mencari rakan kongsi pelabur bagi rancangan menjual kurang 50 peratus kepentingannya dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG).


Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, MAHB pada masa ini sedang melakukan penilaian awal berhubung perkara itu.


“Kita belum buat pengumuman lagi mengenai perkara ini, tetapi kami masih mencari pelabur yang menjadi sebahagian daripada strategi kami,” katanya selepas Program Lawatan Skuad Ceria Malaysia Airports ke Hospital Banting, baru-baru ini.


Sebelum ini, MAHB yang merupakan 100 peratus pemegang kepentingan di ISG itu, dilaporkan merancang untuk menjual kepentingan minoriti dalam syarikatnya yang mengendalikan lapangan terbang kedua terbesar di Turki.


Rasional di sebalik langkah itu adalah pemegang saham minoriti akan memberi nilai tambah dalam ISG, selain meningkatkan trafik penumpang.


Pada program lawatan itu, Badlisham berkata, MAHB memperuntukkan RM46,000 bagi tujuan menghias seluruh kawasan wad pediatrik di Hospital Banting, termasuk menyediakan sudut bacaan dan ruang bermain bertemakan ‘Galaxy of Joy-Sky Is The Limit’.


“Sumbangan ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat MAHB bagi menghiburkan hati pesakit cilik yang sedang menerima rawatan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Hospital Banting, Dr Sabrina Che Ab Rahman mengalu-alukan sumbangan dan aktiviti dilakukan mana-mana pihak termasuk MAHB bagi menceriakan pesakit.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]