Polis teliti dahulu jika ada kesalahan

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Polis akan kaji dan meneliti terlebih dahulu ‘Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, semalam, sama ada terdapat sebarang kesalahan sebelum tindakan lanjut dilakukan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penelitian ini termasuklah berdasarkan pemantauan yang dibuat pihaknya selain sama ada terdapat laporan polis berhubung himpunan itu.


“Siasatan itu akan disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman. Dari awal lagi kita telah maklumkan yang kita tidak memperakukan penganjuran himpunan ini. Jadi, kita akan lihat semua sudut dalam menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas sama ada akan memanggil penganjur himpunan terbabit, Mohamad Fuzi berkata, ia masih belum diputuskan lagi.


“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Kita perlu lihat dulu kalau ada kesalahan dikesan, baru tindakan seterusnya akan diambil,” katanya.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Kleptokrasi masih tidak diperakukan polis


Himpunan yang berlangsung bermula jam 4 petang semalam, turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.


Semalam, polis tidak memperakukan penganjuran ‘Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi selepas menerima laporan ini yang dibuat daripada penduduk setempat atas banyak isu termasuk kesesakan lalu lintas.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]