PPSSS buat laporan polis, gesa siasat Wan Ji

in Edisi by


SHAH ALAM – Pertubuhan Pencak Silat Seranteh Selangor (PPSSS) menggesa polis menyiasat penceramah, Wan Ji Wan Hussein yang didakwa mendedahkan rancangan untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu termasuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik.


Pengerusi Dewan Perguruan PPSSS, Dr Ibrahim Dolgapor@Ghaffar berkata, menerusi ceramah itu, Wan Ji yang juga Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang dirancang sekarang sehingga tahun 2030.


“Hasrat dan kenyataan beliau (Wan Ji) adalah ancaman kepada Yang dipertuan Agong, Raja-raja Melayu dan sistem raja berperlembagaan seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan 7 Wasiat Raja-raja Melayu.


“Kenyataan Wan Ji menerusi video turut menunjukkan dia menghina kedaulatan sultan-sultan dengan panggilan jelik,” katanya.


Ibrahim berkata, pihaknya khuatir kenyataan penceramah itu boleh menimbulkan ketidaktenteraman serta ancaman keselamatan di kalangan masyarakat dan rakyat jelata.


“Kami harap dengan laporan dibuat, polis dapat lakukan siasatan segera dan ambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Ji,” katanya.


Terdahulu laporan dibuat oleh Ibrahim dan ahli PPSSS di balai Polis Sungai Kapar, Klang Utara kira-kira jam 3 petang, kelmarin.


Kelmarin, Wan Ji yang juga aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu ditahan kira-kira jam 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang selepas selesai solat Jumaat.


Penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]