Tahfiz Istiqamah Badang waspada

in Edisi by


KOTA BHARU – Tahfiz Istiqamah Badang ambil iktibar di atas kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara.


Guru agama pusat tahfiz itu, Mohd Firdaus Mansol berkata, selain tawakal dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan soal keselamatan 12 pelajar tahfiz di situ.


“ALLAH SWT telah tetapkan segala-galanya di dalam hidup kita, namun sebagai umatnya kita mesti berikhtiar dan mengambil pedoman daripada setiap perkara yang telah berlaku.


“Di sini pelajar masih kecil, jadi kami sentiasa memeriksa asrama bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan minta bantuan jika ada sebarang kerosakan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau yang juga imam Masjid SMU (A) Istiqamah Badang berkata, tahfiz turut membaca surah Yasin, mengerjakan solat Hajat, taubat tahajud selain mengajar pelajarnya supaya tidak panik jika kecemasan berlaku.


Beliau juga meminta agar kejadian yang berlaku di ibu negara itu tidak sepi begitu sahaja dan perlu sentiasa diingati semua pihak termasuk kerajaan terutamanya dalam soal keselamatan pusat tahfiz.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]