4 remaja sesat di Gunung Soga ditemui selamat

in Edisi Johor by


BATU PAHAT – Empat remaja yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bentara Luar yang dilaporkan sesat di Hutan Lipur Gunung Soga, di sini lewat petang semalam ditemukan selamat, hari ini.


Keempat-empat pelajar tingkatan dua itu Mohd Amir Haziq Iqramudin, Mohd Azrul Azizi Mohd Zaidi, Mohd Khairul Muttaqim Mohd dan  Muhamad Afif Samsudin yang kesemuanya ditemukan dalam keadaan letih selepas sesat hampir 15 jam.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mereka ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 10 pagi, yang mana ke semuanya remaja berusia 14 tahun itu dalam keadaan tidak bermaya


“Mereka dipercayai berusaha untuk mencari jalan keluar berdasarkan laluan mula-mula masuk, namun ekoran faktor cuaca yang sudah gelap mereka sukar berbuat demikian.


“Mengikut prosedur kesemua mereka akan di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan sebagai pesakit luar,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.


Keempat-empat pelajar tersebut dipercayai melakukan aktiviti mendaki di hutan lipur berkenaan dan sesat kira-kira jam 7 petang ketika mencari jalan pulang.

 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]