56 pengakap sertai Bengkel Pemfailan Standard

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Seramai 56 orang peserta Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) menyertai bengkel pertandingan fotografi sempena hari Pemakaian Skarf Sedunia 2017 di sini, Ahad lalu.


Bengkel tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia dan memberi penekanan kepada sistem ‘code fail’ yang lebih efisien dan menyeluruh di seluruh pengakap negeri serta selari dengan kehendak Jabatan Arkib Negara.


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin berkata, PPM kini sedang menaikkan imej kepengakapan PPM di kalangan ahli pengakap dan orang awam.


“Daripada menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berdisiplin, lebih baik  seseorang pengakap itu menyertai pertandingan fotografi pengakap ini dan menjadikan ia persaingan yang sihat, kreatif serta mempunyai niat mahu menang,” katanya.


Beliau berkata demikian di upacara penutup Bengkel Pemfailan Standard PPM, yang diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.


Hadir sama, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Profil Pengakap), Ahmad Sabri  yang juga merupakan Pengarah Bengkel.


Sementara itu, pengurus pertandingan, Edwin Lam memberitahu, pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat fotografi ahli-ahli pengakap seluruh negara.


“Syabas saya ucapkan kepada semua peserta pertandingan fotografi pada musim ini,” ujarnya.


Pertandingan itu dimenangi Mohd Syukor Abu Bakar dari Sekolah Kebangsaan Sekendu, Simujan, Sarawak.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]