KPDNKK lupus barang rampasan hampir RM2.5 juta

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Pelbagai barangan tiruan dan cetak rompak bernilai hampir RM2.536 juta melibatkan 43 kes rampasan dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor Azman Adam berkata, antara barangan yang dilupuskan termasuklah cakera optik, pakaian, barangan kulit, kasut,  minyak pelincir, DVD dan lain-lain.


“Kesemua barangan yang dilupuskan hari ini (semalam) adalah daripada kes rampasan barangan perlanggaran ke atas harta intelek mengikut Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga, Akta Perihal Dagangan 2011 dan  Akta Hakcipta 1987.


“Barangan yang dilupuskan juga adalah hasil daripada rampasan bagi tahun 2012 hingga 2017,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]