Manusia biasa, buat silap: Durakovic

in Sukan by


“KITA manusia biasa dan buat silap.” Itu reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic  bagi mengulas keputusan 1-1 ketika berdepan JDT pada aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, semalam.


Justeru menurutnya,  kesalahan sedemikian adalah sesuatu yang lumrah dalam bola sepak dan hakikat berkenaan wajar diterima oleh semua.


Durakovic berkata, pihaknya tidak akan menyalahkan mana-mana pemain atas insiden berkenaan, sebaliknya akan terus memberikan fokus untuk aksi separuh akhir kedua di Larkin yang dijadualkan berlangsung 21 Oktober ini.


“Saya juga berbangga dengan kerja keras serta  komitment semua pemain yang telah memberikan komitmen 100 peratus (untuk perlawanan ini).


“Kita gembira bila mendahului lawan 1-0 hasil kerja keras kesebelasan pemain.  Ia sesuatu yang baik terutamanya di hadapan ribuan penyokong sendiri.


“Cuma sebagai manusia biasa, kita akan buat kesilapan. Tetapi kita  juga perlu teruskan hidup. Kami sudah macam keluaga. Kita main untuk menang,  untuk kalah,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.


Durakovic berkata demikian bagi mengulas insiden kapten pasukan, Shahrom Kalam yang gagal mengawal bola  untuk dirampas penyerang  JDT,  Mohammad Ghadar  bagi menyamakan kedudukan pada minit-ke 68.


Jaringan pemain import dari Lubnan itu sekali gus memadamkan kelebihan tuan yang membuka jaringan pada minit ke-18, hasil jaringan sendiri pemain pertahaan Hasbullah Abu Bakar.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]