Peniaga minta tangguh pindah

in Edisi by


PASIR PUTEH – Empat hari lagi bekalan elektrik dan air di Pasar Besar Pasir Puteh (pasar lama) akan ditamatkan kerana peniaga diminta berpindah ke Pasar Siti Hajar, namun sebahagian besar peniaga seperti belum bersedia untuk berbuat demikian.


Pada hari pertama Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh Sentral beroperasi semalam, tidak sampai 20 peniaga yang memulakan perniagaan walaupun sudah 375 daripada 516 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh sudah menurunkkan tanda tangan tanda bersetuju dengan arahan tersebut.


Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah berkata, peniaga masih bertahan di pasar lama sementara menunggu keputusan rayuan nmereka di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 26 Okober nanti.


Katanya, beliau berharap Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dapat menangguhkan tempoh berpindah ke Pasar Siti Hajar dan tarikh mengosongkan pasar lama 22 Oktober nanti.


“Kita bersedia untuk berpindah sekiranya mahkamah memutuskan peniaga mesti berbuat demikian, ketika ini kita sedang menunggu keputusan itu,” katanya.


Kamarzaman berkata, selain fakor Pasar Sii Hajar berada di lokasi paling terpencil dalam kawasan bandar baharu Pasir Puteh Sentral, saiz gerai lebih dan kadar sewa lebih tinggi menyebabkan peniaga kecewa. 


Ketua Ahli MDPP, Saipul Bahrin Mohamed berkata, beliau berharap seluruh peniaga Pasar Besar Pasir Puteh memberikan kerjasama baik dengan berpindah seberapa segera.


Katanya, MDPP menyediakan pelbagai kemudahan dan membenarkan peniaga mengubah suai gerai mengikut kesesuaian asalkan bersetuju untuk berniaga di Pasar Siti Hajar yang menelan belanja RM6.1 juta itu.


“Kita lihat ada pertambahan jumlah peniaga yang bersetuju untuk berpindah, saya berharap kesemua peniaga dapat berbuat demikian menjelang 20 Oktober nanti.


“Peniaga di pasar baharu ini perlu menubuhkan persatuan baharu yang dapat berurusan dengan MDPP dengan baik kerana kita mesti membina persefahaman untuk kebaikan bersama,” katanya


Seorang peniaga yang sudah memulakan perniagaan di Pasar Siti Hajar, Rogayah Jusoh, 43, ketika ditemui berkata, dia setuju berpindah tetapi tetap kecewa kerana saiz kedai sekarang jauh lebih kecil.


 


Selain itu katanya, kadar sewa RM200 sebulan agak tinggi berbanding hanya perlu membayar hasil RM1 sehari di pasar lama.


 


“Tengoklah kedai saya ni, dah isi barang, kita nak duduk pun susah, tapi kita patuh arahan dengan harapan MDPP dapat memastikan pasar baharu ini menjadi tumpuan ramai seperti pasar lama,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]