Peniaga pecah cermin kereta didenda RM4,000

in Edisi by


PETALING JAYA – Seorang peniaga makanan didenda RM4,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memecahkan cermin kereta sepupunya, dua minggu lepas.


Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Firza Ajmeer T S K Farook, 40, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan kereta milik pemandu lori, Mohamed Zainudin Mohamed Yusuf, 39, di hadapan sebuah restoran, di sini, pada 11.30 malam, 3 Oktober lepas.


Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman  setimpal supaya  memberi pengajaran.


Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana menanggung lima anak. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]